Cari @ Amanz

Walaupun mempunyai aplikasi web statistik tersendiri, Google Analytics, kini Google melangkah ke hadapan lagi dengan memperkenalkan aplikasi statistik terbina pada Blogger yang memperlihatkan statistik masa-nyata.


Lihat Statistik Blog Secara Terus Dari Dashboard Blogger

Dengan kehadiran banyak laman sosial yang membawakan fungsi masa-nyata, kini Blogger turut membolehkan para penggunanya mendapatkan data statistik pada masa-nyata, dimana anda boleh melihat perkembangan statistik pengguna sebaik sahaja mereka berkongsi pautan blog mereka di sebarang laman sosial, termasuk Twitter dan Facebook.

Ini juga sekaligus memberikan kemudahan untuk para pengguna Blogger mengikuti perkembangan blog mereka dengan lebih mudah lagi, tanpa perlu memasang sebarang kod dan sebagainya pada blog mereka. Untuk mengujinya, anda hanya perlu log masuk ke Blogger in Draft, dan boleh mengaksesnya melalui tab Stats.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd