Facebook Bekerjasama Bersama MOL Global

Facebook Bekerjasama Bersama MOL Global

Diterbitkan pada July 8, 2010 oleh .

Selain memiliki Friendster, kini MOL melangkah setapak ke hadapan lagi dengan menjalin kerjasama bersama laman sosial paling popular didunia, iaitu Facebook, dimana melaluinya kedua-dua pihak akan menawarkan Facebook Credits kepada umum.

Melalui kerjasama ini, ianya bakal membolehkan para pengguna Facebook di Asia untuk membeli peralatan maya untuk digunakan pada permainan dan aplikasi di Facebook, MOL kelak akan menjadi salah satu penyedia platform pembayaran untuk Facebook Credits, dimana lebih 500,000 kedai di seluruh Asia menawarkan para pengguna untuk membeli kredit MOL.

Selain kerjasama bersama Facebook, MOL juga merupakan pemilik untuk Friendster, dimana kini mereka dalam perangkaan untuk memperkenalkan beberapa fungsi baru pada Friendster, selain dalam perancangan untuk mengubah Friendster menjadi sebuah hab sosial untuk permainan dan membeli-belah.


TIPS & ULASAN