Carian
Adobe Flash 11 Akan Menyokong Penuh 3D
July 11, 2010 Aman

Walaupun Flash daripada Adobe menghadapi pelbagai cabaran sejak HTML5 diperkenalkan, Adobe masih terus membangunkan Flash dengan memperkenalkan pelbagai perkara baru padanya. Kini, Adobe Flash 11 dikatakan akan memperkenalkan enjin untuk membangunkan 3D secara keseluruhannya.

Selain daripada HTML5 yang meningkat naik popularitinya, para pembangun pelayar web juga memberikan perhatian serius kepada sokongan WebGL dan juga O3D, dan melalui Flash 11 kelak, Adobe ingin mengambil peluang daripadanya dengan menyokong kepada grafik 3D.

Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih lagi kurang, dan dijangka banyak lagi info berkenaan dengannya akan diketahui pada Adobe MAX 2010 yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Buat masa ini, banyak pembangun permainan dalam pelayar web, seperti Zynga dan sebagainya masih mengambil berat mengenai Flash, dan mungkin dengan pengenalan fungsi 3D, mungkin lebih banyak permainan menarik akan boleh dilihat pada tahun hadapan kelak.

Komen