Selain daripada ingin memperkenalkan laman sosial tersendiri, dan juga platform permainan tersendiri, yang kini dipanggil sebagai Google Games, kini ianya juga diperkatakan yang mana Google telah melabur antara $100 hingga $200 juta pada pembangun permainan sosial, Zynga.
Ianya dikatakan pelaburan tersebut telah dilakukan Google lebih kurang pada bulan lepas, dan mereka akan mengumumkan kerjasama strategik tidak lama lagi. Menariknya, sebelum ini, kita turut terdengar akan berita mengenai pembangunan Google Games, dan berkemungkinan besar, dengan pelaburan pada Zynga ini, ianya memperlihatkan yang mana Zynga mungkin akan menjadi salah satu batu loncatan dalam pembangunan Google Games kelak.
Selain daripada itu, Zynga kini mempergunakan PayPal sebagai sistem pembayaran utama mereka, dan berkemungkinan besar, ianya diperkatakan, sistem pembayaran utama untuk Zynga mungkin diubah kepada Google Chekcout.
Namun begitu, ianya masih tiada sebarang berita rasmi daripada kedua-dua pihak berkaitan dengan berita ini. Mungkin kita perlu menunggu untuk sedikit masa lagi, dimana mungkin kedua-dua pihak akan mengumumkan sesuatu yang menarik untuk para pengguna seluruh dunia.
Sebelum ini, Zynga pernah memeterai perjanjian bersama-sama dengan Yahoo! untuk memperkenalkan permainan sosial pada platform Yahoo!, selain mana Google pernah mencuba untuk menceburi platform permainan melalui Google Lively, namun gagal dalam percubaan mereka itu,