Standard Chartered Memperkenalkan Permainan Treeville

Standard Chartered Memperkenalkan Permainan Treeville

Diterbitkan pada July 13, 2010 oleh .

Arena permainan sosial kian meningkat naik popularitinya, apabila kini ramai yang membangunkan permainan dan mendidik para pengguna melaluinya. Terkini, Standard Chartered Malaysia menekankan kepentingan alam semulajadi melalui permainan di Facebook.


Halaman Utama Treeville

Permainan yang diberikan nama Treeville ini selain daripada menawarkan salah satu permainan yang menarik, ianya juga memberikan kesedaran dan kepentingan alam semulajadi kepada sesebuah negara.


Tahap Pertama Pada Treeville

Sama seperti permainan dengan judul yang seakan sama yang lain, melalui Treeville, para pengguna boleh menanam pokok dan menjaganya dari masa ke semasa, selain mengintegrasikan fungsi sosial, membolehkan rakan-rakan anda turut serta dalam penanaman dan penjagaan pokok.


Tahap Penamat Pada Treeville

Para pengguna Facebook kini boleh memainkan permainan Treeville ini, selain menyokong usaha Standard Chartered dalam memupuk kesedaran mengenai kepentingan fauna kepada umum.


TIPS & ULASAN