Windows 7 SP1 Beta Sedia Di Muat-Turun

Windows 7 SP1 Beta Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada July 13, 2010 oleh .

Hari ini, Microsoft secara rasminya telah pun melepaskan Windows 7 SP1 Beta kepada umum, membolehkan para pengguna mencubanya terlebih dahulu sebelum Windows 7 SP 1 dilepaskan tidak lama lagi.

Windows 7 SP1 kelak bakal membawakan hanya beberapa fungsi baru sahaja, iaitu sokongan RemoteFX, membolehkan para pengguna menikmati pengalaman grafik 3D secara remote, selain membawakan kesemua kemaskini yang pernah dilepaskan melalui Windows Update sebelum ini.

Selain daripada itu, beberapa ura-ura turut memperkatakan yang mana Windows 7 SP1 kelak akan membawakan sokongan USB 3.0 dan juga sokongan Bluetooth dan WiFi yang dipertingkatkan. Namun begitu, Microsoft masih belum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengannya.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan Windows 7 kepada umum pada bulan Oktober tahun lepas, yang mana menjadikannya sistem operasi yang terjual dengan kuantiti yang amat pantas sekali sehingga kini.

Para pengguna yang ingin menguji Windows 7 SP1 Beta, boleh memuat-turunnya secara rasmi daripada Microsoft melalui laman TechNet.


TIPS & ULASAN