CIMB Memperkenalkan Aplikasi Untuk Pengguna Android

CIMB Memperkenalkan Aplikasi Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada July 15, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan perbankan melalui telefon pintar iPhone sebelum ini, kini CiMBClicks sekali lagi maju setapak dengan memperkenalkan aplikasi perbankan untuk para pengguna Android, dimana melaluinya anda boleh membuat transaksi sama seperti yang terdapat pada iPhone.

Para pengguna boleh memuat-turun aplikasi CiMBClicks secara terus daripada hujung jari anda melalui Android. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti mengetahui kemaskini semasa akaun anda, pautan pantas ke CiMBClicks, ketahui lokasi bank CIMB terdekat dengan anda, kiraan wang dan pinjaman perumahan, dan juga pautan untuk hubungi pihak CiMB secara terus melaluinya.

Untuk memuat-turun, para pengguna hanya perlu masuk ke Android Market dan seterusnya membuat carian untuk aplikasi CIMB Clicks. Seterusnya, aplikasi dengan saiz kurang 800kb ini akan dipasang secara automatik pada telefon Android anda.


TIPS & ULASAN