Setelah mengumumkan kerjasama bersama oleh Yahoo! dan Microsoft untuk menyediakan enjin carian, kini ianya dikatakan yang mana Yahoo! akan mengubah enjin carian mereka kepada Bing mulai bulan ini.
Yahoo! Bakal Menggunapakai Enjin Bing
Ianya sedia maklum yang mana Yahoo! telah menguji enjin carian Bing untuk sekian lama secara dalaman, tetapi hari ini secara rasminya, Yahoo! mengesahkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan keputusan dan hasil carian Bing tidak lama lagi pada laman mereka.
Penukaran sepenuhnya enjin carian Yahoo! kepada Bing dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada bulan Ogos atau September. Jadi, adakah kerjasama mereka bakal memberikan impak yang besar kepada Google? Sama-sama kita nantikannya.