FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Gergasi Carian

FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Gergasi Carian

Diterbitkan pada July 19, 2010 oleh .

Dengan meningkatkanya populariti FourSquare dari hari ke hari, kini ianya dikatakan yang mana FourSquare sedang dalam proses perbincangan bersama enjin carian terkemuka, termasuk, Google, Microsoft dan Yahoo! dalam mengintegrasikan servis FourSquare kedalam keputusan carian.

Data-data yang terdapat pada FourSquare amat menarik sekali, dan ianya dikatakan, FourSquare kelak akan menggunakan data tersebut dalam menentukan lokasi-lokasi yang kian meningkat naik popularitinya, sama seperti topik popular yang terdapat pada Twitter.

Melaluinya para pengguna boleh membuat carian berkenaan dengan jenis lokasi dan kemanakah yang dituju oleh para pengguna pada sesuatu masa itu, seterusnya membolehkan para pengguna mengetahui kemanakah lokasi yang mereka boleh tuju sekiranya mereka kebosanan.

Buat masa ini, FourSquare terus meningkat popularitinya, dimana pengguna berdaftar padanya telah pun melangkaui angka satu juta, selain dapat mengumpulkan dana hampir $95 juta baru-baru ini.


TIPS & ULASAN