Yahoo! Ingin Membeli Bit.ly

Yahoo! Ingin Membeli Bit.ly

Diterbitkan pada July 20, 2010 oleh .

Selepas diura-urakan untuk membeli FourSquare sebelum ini, kini ianya dikatakan yang mana Yahoo! dan beberapa gergasi internet yang lain dalam perbincangan untuk membeli dan memiliki servis peringkas URL yang paling popular di internet, Bit.ly.

Seperti sedia maklum, strategi utama Yahoo! untuk tahun ini adalah menumpukan sepenuh perhatian mereka ke dunia sosial. Sebelum ini, Yahoo! dikatakan gagal dalam memiliki servis FourSquare, sebaliknya berjaya mengambil-alih servis lokasi yang seumpamanya, yang dibangunkan di negara jiran, iaitu Koprol.

Dunia peringkas URL menjadi amat popular dengan kewujudan laman seperti Twitter, dan Bit.ly menerima kesan yang amat membangun daripadanya. Salah satu sebab mengapa Bit.ly menjadi minat kesemua pihak adalah disebabkan kebolehannya untuk ikuti perkembangan sesuatu URL yang dipendekkan dalam masa nyata.


TIPS & ULASAN