FlashTime Untuk Pengguna Android Melalui Air 2.5

FlashTime Untuk Pengguna Android Melalui Air 2.5

Diterbitkan pada July 20, 2010 oleh .

Nampaknya, setelah Apple dan Adobe menjadi tidak sehaluan, kini Adobe menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada Android, dimana kini Adobe dalam persedian terakhir untuk memperkenalkan Air 2.5 untuk Android.

Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai aplikasi menarik yang dibangunkan untuk platform Adobe Air, dan antaranya adalah termasuk TweetDeck yang amat popular dikalangan pengguna Twitter.

Walaubagaimanapun, apa yang menariknya mengenai Air 2.5 untuk Android yang bakal diperkenalkan kelak adalah dimana ianya menyokong kamera dan juga mikrofon, membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah, sama seperti Skype, dan juga FaceTime yang digembar-gemburkan oleh para pengguna iPhone 4.

Menariknya, aplikasi ini dipanggil sebagai FlashTime, dan ianya juga bakal membolehkan para pengguna untuk bersembang dengan rakan-rakan mereka, samaada rakan mereka menggunakan desktop, notebook ataupun telefon pintar Android.

Buat masa ini, ianya masih tiada lagi tarikh pasti berkenaan dengan pelancaran Air 2.5 untuk Android. Namun begitu, dengan FlashTime yang diperlihatkan oleh Adobe ini, ianya pasti dimana ramai pengguna Android yang tidak sabar untuk Air 2.5 memunculkan dirinya.


TIPS & ULASAN