Bagi para pengguna Windows 7, semestinya anda sudah ketahui yang mana Windows 7 SP1 Beta sudah pun boleh dimuat-turun dan diuji. Ianya kini diketahui yang mana Windows 7 SP1 secara rasminya akan dilepaskan Microsoft pada suku pertama tahun 2011.
Ianya dikatakan pembangunan sistem operasi daripada Microsoft ini berjalan dengan lancar dimana mereka sudah pun mendekati tarikh untuk versi RTM dan ianya dijangka yang mana Windows 7 SP1 dan juga Windows Server 2008 R2 SP1 akan dilepaskan melalui Microsoft Download Center secara muat-turun berasingan tidak lama lagi.
Namun begitu, ianya akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ianya secara rasminya menemui para pengguna melalui Windows Update ataupun yang dikenali sebagai Automattic Update.
Pada masa yang sama, beberapa informasi berkaitan dengan sistem operasi Windows 8 juga mula kelihatan di internet, yang mana Windows 8 dijangka akan menemui para pengguna seawal penghujung tahun hadapan ataupun pada tahun 2012.