MSE 2 Beta Kini Sedia Di Uji

MSE 2 Beta Kini Sedia Di Uji

Diterbitkan pada July 21, 2010 oleh .

Selepas memperkenalkan perisian sekuriti tersendiri pada bulan September tahun lepas, kini Microsoft mengumumkan versi beta baru untuk Microsoft Security Essentials 2 yang boleh dimuat-turun oleh kesemua pengguna sistem operasi Windows secara percuma.

Melalui MSE, ianya membantu para pengguna untuk kekal selamat, dengan melindungi komputer para pengguna daripada virus, spyware dan pelbagai aplikasi berbahaya yang lain. Namun begitu, melalui MSE 2 ini, Microsoft bakal membawakan pelbagai perkara baru yang lain, termasuk:

  • Integrasi Bersama Windows Firewall – Kini, anda boleh mengintegrasikan bersama Windows Firewall dengan mudah, sekaligus membawa perlindungan komputer anda ke tahap seterusnya.
  • Perlindungan Daripada Ancaman Internet – MSE juga kini diintegrasikan bersama-sama dengan Internet Explorer untuk membawakan perlindungan daripada ancaman internet. Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan dengan sokongan pengintegrasian bersama pelayar web yang lain.
  • Enjin Perlindungan Yang Terkini – Enjin terbaru ini membawakan prestasi menjejaki virus yang lebih baik daripada sebelumnya.
  • Perlindungan Daripada Ancaman Network Kini, komputer anda lebih selamat daripada ancaman network, dngan pengintegrasian MSE bersama-sama dengan Windows Filtering Platform yang terdapat pada Vista dan Windows 7.

Untuk menguji versi beta terbaru ini, para pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma daripada server Microsoft, dan menggunakan segala fungsi baru yang dibawakan oleh aplikasi sekuriti daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN