Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kini Yahoo! telah pun mula menguji hasil keputusan organik daripada Microsoft, dimana buat masa ini, lebih 25% daripada pengguna US akan dapat melihatnya apabila menggunakan enjin carian Yahoo!.
Bahagian Yang Di Tandakan Adalah Daripada Microsoft
Perubahan utama pada hasil keputusan adalah cuma dimana hasil keputusan diperlihatkan oleh Microsoft, sebaliknya, kandungan-kandungan yang diperkaya dibawakan oleh Yahoo!, dan susun aturnya masih kekal seperti ketika dulu lagi. Pada masa yang sama, iklan yang diperlihatkan disebelah kanan laman juga diperlihatkan secara terus oleh Microsoft, dimana Yahoo! berkongsi sebahagian pendapatan daripadanya.
Dalam masa beberapa bulan lagi, Yahoo! juga akan mula mengintegrasikan keputusan carian daripada Microsoft pada carian muda-alih (Mobile Search) dan juga pada hasil carian berbayar. Selain daripada itu, Yahoo! juga akan terus menginovasikan laman carian mereka, dimana akan mengutamakan pengalaman pengguna dalam melayari laman mereka. Yahoo! menjangkakan akan mula menggunakan platform Microsoft sepenuhnya di US menjelang Ogos ataupun September.