Selain daripada DiGi, Maxis turut sama mula melakukan kajian dan bancian berkenaan dengan permintaan para pengguna terhadap iPhone 4, dimana kini sebuah halaman khas untuk iPhone 4 telah pun sedia ada di web mereka.
Berbeza dengan DiGi yang hanya mengumpulkan emel para pengguna, Maxis mengorak selangkah kehadapan dengan mengumpul mengenai tujuan penggunaan para pengguna, samaada untuk urusan peribadi ataupun untuk tujuan perniagaan, selain mengambil tahu terhadap model iPhone 4 yang diminati oleh para pengguna.
Sama seperti DiGi, Maxis juga masih belum lagi memperkenalkan harga dan pakej untuk iPhone 4, selain daripada mesej yang mana ianya akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi yang tertulis pada halaman pertanyaan iPhone 4 Maxis.
Pada masa yang sama, melalui halaman FAQ juga, ianya dikatakan yang mana buat masa ini, masih tiada rancangan untuk pra-daftar untuk iPhone 4. Namun begitu, ianya mungkin berubah mengikut keadaan.
Seperti sedia maklum, Maxis telah pun memperkenalkan mikro-SIM sebelum ini, dimana ianya dikatakan yang mana para pengguna yang membeli iPhone 4 bersama Maxis akan diberikan penukaran kad SIM kepada mikro-SIM kelak.