Facebook Mencapai Angka 500 Juta Pengguna

Facebook Mencapai Angka 500 Juta Pengguna

Diterbitkan pada July 22, 2010 oleh .

Hari ini, secara rasminya, Facebook telah pun mencapai angka 500 juta pengguna, dan bersama-sama dengan itu, pihak Facebook melancarkan aplikasi baru yang dinamakan Facebook Stories untuk para pengguna berkongsi kisah Facebook mereka bersama yang lain.

Seperti sedia maklum, dengan perkembangan kemudahan internet, laman sosial Facebook telah pun menerima impak yang besar, sekaligus membawakan perubahan yang ketara kepada cara kita melayari laman web. Di Malaysia sahaja, sudah terdapat lebih kurang hampir 7 juta pengguna Facebook, sekaligus meletakkan Facebook sebagai laman paling dilawati oleh pengguna Malaysia.

Melalui Facebook Stories, para pengguna boleh berkongsi kisah-kisah menarik mereka yang berkait rapat dengan Facebook, selain pada masa yang sama membaca kisah-kisah pengguna Facebook yang lain.

Selain mencapai angka 500 juta pengguna, Facebook juga telah difilemkan, dan filem yang bertajuk The Social Network itu kelak akan ditayangkan di pawagam pada bulan Oktober kelak.


Ucapan Terima Kasih Daripada Pasukan Facebook Malaysia

Pada masa yang sama, Facebook juga mempunyai pejabat mereka tersendiri di Malaysia, dimana Facebook telah mengambil alih salah satu syarikat tempatan, iaitu Octazen, selain baru-baru ini menjalinkan kerjasama bersama MOL Global.


TIPS & ULASAN