Versi Baru Google Chrome Setiap 6 Minggu Sekali

Versi Baru Google Chrome Setiap 6 Minggu Sekali

Diterbitkan pada July 23, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Google sememangnya amat mementingkan kelajuan, dan kini mereka akan menjadikan pembangunan pelayar web Chrome mereka lebih pantas, apabila dalam perancangan terbaru mereka, Google merancang untuk mengeluarkan versi baru Chrome setiap enam minggu sekali.

Melaluinya juga, Google kelak akan memperkenalkan lebih banyak fungsi baru untuk pelayar web mereka, sekaligus memperkenalkan suatu versi stabil yang baru setiap enam minggu sekali. Dengan pengumuman ini, ianya juga turut memperlihatkan jadual pengeluaran versi baru Chrome yang lebih teratur berbanding sebelumnya.

Jadi, dengan bilangan minggu yang berbaki lebih kurang 23 minggu lagi, mungkin kita akan dapat melihat kemunculan Chrome 6.0, 7.0, dan 8.0, manakala mungkin Chrome versi pembangun akan mencecah versi 9.0 menjelang penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN