Twitter Mula Menguji Media Pada Twitter.com

Twitter Mula Menguji Media Pada Twitter.com

Diterbitkan pada July 27, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Twitter telah sekian lama memperlihatkan media seperti imej pada stream mereka di aplikasi untuk Blackberry, Android dan iPhone, dan kini, ianya diura-urakan yang mana Twitter bakal memperlihatkan media pada Twitter.com tidak lama lagi.


Pilihan Twitter Media Pada Halaman Tetapan [via]

Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya daripada Twitter. Selain daripada media pada Twitter.com, fungsi lain yang turut dinantikan oleh para pengguna adalah kebolehan untuk memperlihatkan tweet dalam bentuk lebih teratur mengikut balasan yang dilakukan, berbanding sekarang, dimana ianya diperlihatkan satu per satu.

Antara laman sosial lain yang telah pun sekian lama memperlihatkan media pada Stream mereka adalah termasuk Facebook, Yahoo! Meme, dan juga Google Buzz.


TIPS & ULASAN