Google Music Menjelang Akhir Tahun Ini?

Google Music Menjelang Akhir Tahun Ini?

Diterbitkan pada July 27, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Google akhir-akhir ini diura-urakan dengan pembangunan Google Music, dan kini ianya diperkatakan bakal menemui para pengguna seawal penghujung tahun ini. Ianya sekaligus bakal menempatkan Google Music sebagai pesaing iTunes dan Amazon yang turut menjual lagu kepada umum.

Ianya dikatakan yang mana salah seorang pembangun Android sedang dalam perbincangan bersama-sama dengan nama-nama besar industri muzik, yang bakal membolehkan Google Music mendapat kebenaran untuk menjual dan menyediakan lagu pada platform mereka.

Walaupun buat masa ini, Apple memegang kebanyakkan pegangan pasaran melalui Apple iTunes, Google masih mempunyai peluang yang cerah sekiranya mereka dapat mengguna-pakai beberapa platform mereka yang sedia ada, seperti YouTube, dan Android dalam mempromosikan servis baru ini kelak. Selain daripada Google Music, Google juga turut memberikan perhatian yang serius ke arah permainan dalam talian, serta juga pada perkembangan rangkaian sosial akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN