Firefox 4.0 Beta 2 Sedia Di Uji

Firefox 4.0 Beta 2 Sedia Di Uji

Diterbitkan pada July 28, 2010 oleh .

Pembangunan pelayar web versi baru daripada Mozilla terus berjalan lancar, dimana hari ini, Mozilla telah pun sedia menawarkan versi beta kedua untuk Firefox 4.0 untuk para pengguna Windows, Mac OS dan juga Linux dalam pelbagai bahasa berlainan.

Mengikut perancangan awal, Firefox 4.0 Beta 2 sepatutnya dilepaskan kepada umum pada Jumaat yang lepas, namun begitu, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ianya ditangguhkan sehingga hari ini.

Melalui Firefox 4.0 Beta 2, Mozilla membawakan pelbagai fungsi dan sokongan baru, termasuk, transasi CSS3, pengesahan ketika add-on baru dipasang, dan peningkatan kepada kestabilan dan prestasi pelayar web tersebut berbanding beta pertama.

Selain daripada itu, beta terbaru ini juga turut membawakan sokongan tab dibahagian atas seperti mana pada Windows untuk para pengguna Mac OS X, selain daripada App Tabs.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh nyata berkenaan dengan pelancaran rasmi Firefox 4.0, namun begitu dengan pembangunan Firefox yang berjalan lancar dari hari ke hari ini, mungkin kita akan dapat melihat Firefox 4.0 pada bulan Oktober ataupun November kelak.


TIPS & ULASAN