Google Me Bakal Utamakan Permainan Sosial

Google Me Bakal Utamakan Permainan Sosial

Diterbitkan pada July 28, 2010 oleh .

Ianya sedia maklum yang mana Google dalam perancangan untuk membina rangkaian sosial mereka yang tersendiri, dimana mereka baru-baru ini telah melabur pada pembangun permainan sosial, Zynga, selain digembar-gemburkan dengan Google Me.

Google Me dikatakan bakal bersaing dengan Facebook, dimana Google dikatakan akan menumpukan perhatian kepada permainan sosial sebagai perkara utama dalam pembangunan Google Me. Untuk menjayakannya, Google dikatakan telah pun dalam perbincangan bersama Zynga, Playdom, Playfish dan banyak lagi dalam membangunkan permainan mereka untuk platform Google.

Ianya dikatakan yang mana Google Me akan mengintegrasikan Google Profiles yang sedia ada, dan akan menawarkan sesuatu yang menyerupai Facebook, namun lebih mengutamakan kepada permainan sosial.

Sebelum ini, Google telah melabur lebih kurang $100 juta pada Zynga, iaitu salah satu penyedia permainan sosial terkemuka di internet. Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah yang Google Me akan dilancarkan kepada umum, dan masih lagi tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Google buat masa ini.


TIPS & ULASAN