Carian
Facebook Memperkenalkan Facebook Questions
July 29, 2010 Aman

Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan sebagai laman yang paling dikunjungi oleh para pengguna, kini Facebook memperkenalkan Facebook Questions, membolehkan para pengguna bertanya soalan dan mendapatkan jawapannya daripada rakan-rakan mereka dengan lebih mudah.

Facebook Questions membawakan konsep yang serupa seperti mana pada Yahoo! Answers dan servis yang seumpama dengannya. Menariknya, Facebook membawakan beberapa cara untuk bertanyakan soalan, iaitu samaada melalui persoalan bergambar, undian, tagging, dan pelbagai cara lagi. Facebook Questions dijangka bakal menjadi salah satu produk yang berjaya dengan pengguna yang seramai 500 juta yang bakal berkongsi pengetahuan mereka melalui platform tersebut, sekaligus mungkin akan memberikan saingan hebat kepada servis seperti Yahoo! Answers dan sebagainya.


Contoh Soalan dan Jawapan Pada Facebook

Facebook Questions telah pun mula diuji oleh Facebook sejak dua bulan yang lalu, dimana hari ini, mereka telah pun mengeluarkan fungsi tersebut daripada peringkat beta, dan memberi peluang kepada semua pengguna untuk mengujinya. Ianya kini diperkenalkan secara berperingkat, dan akan boleh diakses oleh kesemua pengguna dalam beberapa hari lagi.

Komen