YouTube Kini Menyokong Video Sepanjang 15 Minit

YouTube Kini Menyokong Video Sepanjang 15 Minit

Diterbitkan pada July 31, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dengan had masa untuk memuat–naik video sepanjang 10 minit, kini YouTube telah menaikkan sedikit had masa untuk video yang dimuat-naik, iaitu dimana sekarang para pengguna boleh memuat-naik video sepanjang 15 minit pada YouTube.

YouTube mengumumkan peningkatan had masa untuk video yang dimuat-naik memandangkan kini mereka telah pun berjaya mempunyai lebih kawalan kepada hak cipta, memandangkan mereka telah memeterai perjanjian bersama beberapa penyedia kandungan, mengelakkan para pengguna untuk memuat-naik video dengan hak cipta pihak lain.

Pada masa yang sama, YouTube juga melancarkan pertandingan “15 Minutes of Fame” yang mana memerlukan para pengguna tag video mereka dengan tag “YT15Minutes” dan bakal berlangsung sehingga 4 Ogos.

Sebelum ini, YouTube telah mengumumkan sokongan kepada video 4k, sekaligus membawakan pelbagai perkara baru kepada laman video yang diminati ramai itu.


TIPS & ULASAN