Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan servis 4G untuk para penuntut UTM di Skudai, Johor, kini YTL terus maju dengan bekerjasama bersama-sama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman, dimana melaluinya, YTL bakal menyediakan liputan WiMAX penuh di kampus Kampar, Perak.


YTL dan UTAR Bekerjasama Menyediakan Rangkaian WiMAX Di Kampus [via]

Sama seperti di UTM, Skudai, YTL turut sama menawarkan servis yang serupa, iaitu had penggunaan sebanyak 300Mb setiap sebulan untuk lebih 12,000 pelajar di kampus Kampar. Sekiranya para pelajar ingin menaik-taraf pakej mereka, mereka boleh berbuat demikian dengan sedikit bayaran tambahan.

Buat masa ini, YTL masih lagi belum memperkenalkan servis mereka kepada umum secara rasminya, sebaliknya mereka terlebih dahulu bekerjasama bersama beberapa universiti dan kolej tempatan dalam memperkenalkan servis mereka. YTL dijangka akan memperkenalkan servis mereka kepada umum menjelang hujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd