Seperti sedia maklum, Apple telah mengubah lanskap dunia perkomputeran dengan memperkenalkan iPad pada awal tahun hari itu, dan kini pelbagai tablet yang muncul di pasaran, hampir setiap hari. Menariknya, pada masa yang sama, Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan tablet dengan Windows 7 tidak lama lagi.
Ianya sedia maklum yang mana antaramuka sedia ada Windows 7 tidak begitu sesuai untuk digunakan pada tablet. Untuk mengatasinya, UI Centric kini memperlihatkan sebuah antaramuka baru untuk sistem operasi Windows 7 pada tablet yang diberikan nama kod “Macallan”.
Ianya sedia didatangkan dengan segala fungsi terbina Windows 7 seperti kebolehan untuk kepelbagai-gunaan (multi-tasking), sokongan Flash, dan juga sokongan penuh kamera, sekaligus mungkin akan menjadi suatu pesaing iPad yang dinantikan ramai.
Buat masa ini, UI Centric membolehkan sesiapa yang mengeluarkan tablet dengan Windows 7 untuk menggunakan aplikasi antaramuka mereka.
Selain daripada iPad, kebanyakkan tablet yang dikeluarkan kebanyakkannya mengguna-pakai sistem Android, dan ianya dijangkakan yang mana HP bakal mengeluarkan tablet mereka dengan WebOS dan juga BlackBerry bakal memperkenalkan tablet BlackPad mereka tidak lama lagi.
Fungsi Kalendar
Perubahan Antara Halaman Lebih Menarik