YTL dan Intel Malaysia Mengumumkan Kerjasama

YTL dan Intel Malaysia Mengumumkan Kerjasama

Diterbitkan pada Ogos 3, 2010 oleh .

Selepas P1 dan Intel memperkenalkan notebook dan netbook dengan keupayaan sokongan WiMAX, kini YTL turut menandatangani perjanjian bersama-sama dengan Intel Malaysia dalam menyediakan gajet dengan sokongan WiMAX menjelang suku tahun ke-empat tahun ini.

Melaluinya, Intel dijangka akan menyediakan peralatan dalam memberikan pengalaman penggunaan servis WiMAX dari YTL, dan ianya lebih kepada cip WiMAX dan WiFi yang terbina pada gajet seperti laptop dan sebagainya. Pada masa yang sama, ianya juga dijangka akan menambah angka penggunaan WiMAX dan penembusan jalur lebar dalam Malaysia, dalam usaha untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar sehingga 50% menjelang hujung tahun ini.

YTL dijangka akan memperkenalkan servis mereka kepada pengguna seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Sebelum ini, YTL telah menandatangani perjanjian bersama UTM dan juga UTAR dalam usaha menyediakan sokongan WiMAX pada kampus mereka.


TIPS & ULASAN