Carian
P1 Bakal Memperkenalkan DX230 Esok
August 3, 2010 Aman

Setelah sekian lama menawarkan modem DV230 kepada para pengguna, kini P1 bakal memperkenalkan DX230 mulai esok, yang mana membawakan pelbagai ciri menarik terbina, sekaligus menguntungkan lagi pihak pengguna dalam menggunakan servis WiMAX mereka.

Sama seperti DV230, gelombang yang disokong oleh DX230 adalah serupa iaitu antara 2.3GHz sehingga 2.39 GHz. DX230 juga membawakan penerimaan gelombang yang lebih meluas dengan antena Omni 5dBi, yang membolehkan ia menerima gelombang WiMAX dari sebarang arah.

Sama seperti pada DV230, ianya juga didatangkan dengan sokongan WiFi terbina, membolehkan anda mengakses internet secara terus melalui WiFi. Pada masa yang sama, sokongan VoIP terbina padanya juga menyokong panggilan telefon dan penghantaran fax secara terus melalui rangkaian IP.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui samaada DV230 akan digantikan dengan DX230 ini ataupun samaada P1 akan muncul dengan pakej baru yang bakal menawarkan sebarang perkara dan servis tambahan melaluinya. Pengumuman rasmi daripada pihak P1 dijangka akan menyusul esok.

Komen