Carian
DomainRegistry.my Membuka Percubaan Pendaftaran IDN
August 3, 2010 Aman

Dalam usaha untuk bersedia memperkenalkan nama domain dengan tulisan jawi, cina dan tamil menjelang penghujung tahun ini, kini pihak DomainRegistry.my telah pun mulakan ujian percubaan terbuka, membolehkan para pengguna umum mendaftarkan domain dalam 3 tulisan berbeza.

Ianya juga pada masa yang sama, secara tak langsung, memberikan peluang kepada para pengguna untuk melihat bagaimanakah platform IDN DomainRegistry.my kelak akan berfungsi sepenuhnya. Menariknya, tiada sebarang caj dikenakan kepada umum yang ingin menyertai ujian ini pada IDN.

Walaubagaimanapun, setiap pendaftaran disahkan secara manual oleh pihak DomainRegistry untuk memastikan mereka dapat mengikuti segala perkembangan dari masa ke semasa. Tempoh percubaan ini akan berakhir pada 15 November 2010, dan mungkin kita akan dapat lihat pelancaran rasmi IDN dari DomainRegistry.my selepas itu.

Komen