Google Memperkenalkan Fungsi Multi-Login

Google Memperkenalkan Fungsi Multi-Login

Diterbitkan pada Ogos 4, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, anda terpaksa menggunakan plug-in dan sebagainya untuk membolehkan anda log masuk kepada lebih dari satu akaun Google pada satu pelayar web pada sesuatu masa, kini mungkin ianya tidak lagi diperlukan, memandangkan Google sendiri memperkenalkan kebolehan untuk log masuk ke lebih dari satu akaun pada sesuatu masa.


Pilihan Log Masuk Akaun Google [via]

Sebelum ini, ianya telah melalui suatu fasa ujian yang agak lama, dan kini ianya telah pun mula diperkenalkan kepada pengguna secara berperingkat. Namun begitu, buat masa sekarang ini, bukan kesemua produk Google yang menyokong kebolehan log masuk ke lebih daripada satu akaun. Pada masa yang sama, sokongan offline untuk GMail dan Google Calendar juga tidak dinyah-aktifkan sekiranya anda menggunakan multi-login ini.

Selain daripada itu, fungsi ini masih mempunyai beberapa masalah yang sedia dikenal pasti, termasuk masih tidak disokong pada telefon mudah-alih, dan tidak memperlihatkan Google Reader bookmarklet untuk akaun yang ditambah.


TIPS & ULASAN