Kemaskini Enjin Presto Melalui Opera 10.70

Kemaskini Enjin Presto Melalui Opera 10.70

Diterbitkan pada Ogos 4, 2010 oleh .

Dalam perang pelayar web, selain dalam proses pembangunan terakhir Opera 10.61, pihak Opera Software juga pada masa yang sama membangunkan pelayar web versi akan datang mereka, iaitu Opera 10.70, yang mana kini versi pembangunannya sedia diuji.

Seperti sedia maklum, Opera 10.61 kelak akan menyelesaikan pelbagai masalah yang telah pun dikenal pasti pada versi sekarang ini, manakala Opera 10.70 pula menjadi pelayar web percubaan pihak Opera Software dalam menguji pelbagai fungsi baru yang akan dperkenalkan oleh pihak mereka.

Melalui versi pembangunan Opera 10.70 yang sedia dimuat-turun sekarang ini, ianya menyelesaikan lebih daripada 40 pepijat yang telah dikenal pasti, selain membawakan pelbagai penambahan pada enjin Presto sedia ada, dan tambahan beberapa sokongan fungsi HTML5 dan juga CSS3.


TIPS & ULASAN