Muat-Turun Fail Dari GMail Kini Lebih Mudah

Muat-Turun Fail Dari GMail Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Ogos 4, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, Google memperkenalkan fungsi drag-dan-drop untuk memuat-naik fail pada emel, kini fungsi tersebut turut sama boleh digunakan untuk memuat-turun fail daripada emel terus ke desktop ataupun kemana-mana folder dengan mudah.

Walaupun ianya kelihatan seperti suatu perkara remeh sahaja, melalui fungsi ini, ianya membawakan fungsi memuat-naik dan turun fail antara emel dan desktop sebuah perkara yang mudah, selain pada masa yang sama, anda boleh menjimatkan masa anda untuk melalui pelbagai proses memuat-turun dan menyusun fail dengan menggunakan fungsi ini.

Via : DownloadSquad


TIPS & ULASAN