Facebook Membeli Hak Cipta Milik Friendster Dari MOL

Facebook Membeli Hak Cipta Milik Friendster Dari MOL

Diterbitkan pada Ogos 5, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Friendster merupakan rangkaian sosial pertama didunia, dan semestinya memegang pelbagai hak cipta yang berkaitan dengan dunia rangkaian sosial. Menariknya, kini dimaklumkan yang mana Facebook telah pun membeli pelbagai hak cipta yang dipegang oleh Friendster pada harga $40 juta.


Hak Cipta Friendster Kini Di Ambil Alih Oleh Facebook

Sebelum ini, MOL Global telah pun mengambil alih Friendster pada harga lebih kurang $39.5 juta, dan menerima pelbagai kritikan ke atas pembelian Friendster. Kemudiannya, ianya dikatakan yang Facebook telah pun berbincang bersama-sama dengan MOL untuk membeli hak cipta yang dipegang oleh mereka, sebagai ganti kepada pengiklanan pada Facebook, dan juga termasuk kerjasama dalam menyediakan platform pembayaran, serta untuk tunai $40 juta.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana MOL Global yang dahulunya dikritik ke atas pembelian Friendster, telah berjaya mendapatkan balik duit mereka dalam masa beberapa bulan sahaja. Pada masa yang sama, mereka berjaya meendapatkan salah satu cara untuk mengembangkan lagi platform pembayaran mereka.


TIPS & ULASAN