Google Menamatkan Servis Google Wave

Google Menamatkan Servis Google Wave

Diterbitkan pada Ogos 5, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi komunikasi interaktif, Google Wave pada tahun lalu, kini Google mengambil langkah untuk menghentikan pembangunan Wave, sekaligus akan menutup servis berkenaan tidak lama lagi.

Google Wave
Google Wave Kini Akan Di Tamatkan

Tujuan utama Google berbuat demikian mungkin adalah disebabkan gagalnya menarik perhatian para pengguna untuk menggunakan servis tersebut. Kebanyakkan pengguna tidak menggunakan Google Wave disebabkan lamannya yang sedikit berat berbanding web-web lain, walaupun ianya mengetengahkan pelbagai konsep menarik, seperti komunikasi dan perbincangan pada masa-nyata dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dengan penghentian Google Wave ini, Google bakal membolehkan beberapa teknologi yang digunakan padanya dilepaskan kepada umum melalui lesen sumber terbuka, sekaligus membolehkan bagi yang berminat membangunkan aplikasi-aplikasi menarik dengan menggunakan kod sumber tersebut.

Ianya sedia maklum yang mana Google telah pun gagal beberapa kali dalam usaha untuk menyertai rangkaian sosial. Kini, ianya dikatakan yang mana Google sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah laman sosial tersendiri, yang dipanggil Google Me, dan bakal mengutamakan pada platform permainan padanya kelak.


TIPS & ULASAN