Cari @ Amanz

Selain daripada Google Chrome, Opera dan Firefox yang dalam proses membangunkan pelayar web versi terbaru mereka, Microsoft turut sama sedang dalam proses membangunkan Internet Explorer 9. Terkini, Internet Explorer 9 Platform Preview 4 sedia untuk dimuat-turun secara terus dari Microsoft.

Melalui Platform Preview 4, pelayar web yang paling popular didunia ini membawakan kebolehan penuh HTML5 dengan sokongan hardware. Ini sekaligus membawakan sokongan HTML5 untuk teks, grafik, audio dan video dimainkan sepenuhnya dengan sokongan hardware, sekaligus mengurangkan penggunaan memori oleh pelayar web.


Perbandingan Ujian Psychedelic Browsing Antara Chrome dan IE9 PP4

Pada masa yang sama, enjin JavaScript baru, Chakra juga kini dijadikan sebagai teras pelayar web tersebut. Melalui IE9 Platform Preview 4 ini, Microsoft membawakan pelayar web yang mendapat skor sehingga 95 daripada 100 melalui Acid3Test.

Internet Explorer 9 Platform Preview 4 akan menjadi versi pembangunan terakhir sebelum Internet Explorer 9 Beta dilepaskan pada bulan depan, iaitu September 2010.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd