Cari @ Amanz

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, semestinya ramai yang telah sedia membuat persiapan untuk menghadapinya. Menariknya, untuk menyambut kedatangannya, kini, para pengguna WordPress turut sama boleh mempersiapkan diri dengan menambah widget menarik pada blog mereka.

Waktu Imsak dan Berbuka

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, Mr. Kay dan juga isteri beliau menyediakan plugin khas yang mana memperlihatkan masa untuk berbuka puasa dan bersahur mengikut hari sepanjang bulan Ramadhan. Ianya mempergunakan data daripada web e-Solat milik Jakim, dan para pengguna boleh memilih untuk memaparkan data mengikut kawasan milik mereka.

Ayat al-Quran Harian

Sebuah widget khas untuk para pengguna WordPress yang mana memperlihatkan ayat al-Quran yang berlainan setiap hari. Menariknya, anda boleh memilih untuk memaparkannya dalam 72 bahasa yang berlainan, selain memperlihatkan pautan khas pada penghujung ayat, yang membolehkan para pengguna membaca keseluruhan Surah, tafsir, dan memuat-turun MP3 bacaannya.

Hadis Harian

Sama seperti plugin sebelumnya, melalui plugin ini, ianya memaparkan hadis-hadis yang berbeza setiap hari, daripada pelbagai sumber, termasuk Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.

Kesemua plugin ini menyokong WordPress versi terkini, iaitu WordPress 3.0.1, selain turut sama boleh digunakan pada bukan sahaja bulan Ramadhan, tetapi sepanjang waktu pada blog WordPress anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd