WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Like

WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Like

Diterbitkan pada Ogos 5, 2010 oleh .

Kini, boleh dikatakan yang mana fungsi “Like” telah menjadi suatu fenomena yang besar, setelah Facebook memperkenalkannya secara meluas. Turut mengikut jejak mereka adalah Automattic yang mana kini memperkenalkan fungsi seumpamanya untuk para pengguna WordPress.com.


Fungsi Like Pada WordPress.com [via]

Sekiranya seseorang pengguna itu klik pada “Like” pada sesuatu artikel di WordPress.com, gravatar milik mereka akan diperlihatkan, selain mana, pada masa yang sama juga, artikel tersebut akan diperlihatkan disuatu kategori khas di dashboard WordPress.com. Dan ianya juga memerlukan seseorang itu log masuk ke akaun WordPress.com.

Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana ianya buat masa ini hanya boleh digunakan oleh blog-blog yang dihoskan di WordPress.com sahaja. Ianya masih lagi tidak diketahui mengenai perancangan Automattic untuk memperkenalkannya sebagai plugin ataupun tidak untuk pengguna WordPress yang memasangnya sendiri di server berasingan.


TIPS & ULASAN