Alt Media Melancarkan Tonton – Hulu Versi Malaysia

Alt Media Melancarkan Tonton – Hulu Versi Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 9, 2010 oleh .

Selain daripada menyediakan video melalui web, kini Alt Media Sdn Bhd melancarkan Tonton.com.my, yang membolehkan anda mengikuti pelbagai video dan siri menarik secara terus melalui web tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.


Laman Tonton

Tonton.com.my yang kini masih lagi dalam peringkat beta boleh dikatakan sebagai Hulu versi Malaysia, yang mana membolehkan mereka-mereka yang sukar untuk meninggalkan komputer untuk mengikuti pelbagai rancangan menarik secara terus melalui kaca monitor mereka.

Buat masa ini, Tonton.com.my menawarkan tujuh saluran, termasuk TV3, NTV7, 8TV, TV9, WWE Classics dan juga Tonton Eksklusif. Pada masa yang sama, para pengguna terlebih dahulu diperlukan untuk mendaftarkan diri mereka di laman tersebut untuk mengikuti rancangan video di laman tersebut.

Ianya juga dijangkakan yang mana Tonton kelak bakal boleh diakses melalui pelbagai gajet mudah-alih, termasuk iPad, iPhone, Blackberry dan juga gajet-gajet Android.


TIPS & ULASAN