Selain daripada laman sosial Google Me yang dalam proses pembangunan, ahli disebalik MentariWorks juga dalam proses membangunkan sebuah laman sosial khas untuk para pengguna Malaysia yang dipanggil Faces.my.
Draft Antaramuka Pertama Faces.my
Buat masa ini, laman tersebut masih lagi belum boleh diakses buat masa ini. Namun begitu, pihak MentariWorks telah menguji laman tersebut pada hosting sepanjang minggu lepas.
Sama seperti projek-projek MentariWorks yang lain (InfoMalaya, The Arialist, Extreme Georgia), Faces.my mengetengahkan rekabentuk berentuk typography selain menggunakan warna tema jingga sebagai warna utama mereka.
Pelbagai data berkaitan dengan laman sosial ini masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Tetapi, jikalau melihat akan perkembangan semasa laman Faces.my, mungkin kita akan dapat melihat laman sosial Faces.my ini seawal penghujung tahun ini, ataupun pada pertengahan tahun pertama tahun hadapan. Sama-sama kita nantikannya.