Cari @ Amanz

Hari demi hari, Google sentiasakan menginovasikan produk mereka, dan terkini, mereka mengemaskini Contacts pada GMail dngan memperkenalkan antaramuka yang baru beserta beberapa fungsi yang menarik.


Antaramuka Google Contacts Yang Baru

Kini, Google Contacts berfungsi dengan keadaan yang serupa seperti GMail, dimana antara fungsi baru yang diperkenalkan padanya, termasuk;

  • Kekunci Pintas dimana anda boleh melihat senarai penuh dengan hanya menekan “?”
  • Fungsi melabelkan sama seperti yang anda lakukan pada emel.
  • Simpan secara automatik.
  • Antaramuka yang lebih bersih dan mudah untuk dinavigasi.

Fungsi yang serupa akan diperkenalkan pada Google Apps tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya pengguna GMail sahaja yang dapat melihat perkara ini, selain navigasi pintas kepada Contacts dan Tasks dibawah logo GMail.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd