Carian
DeviantArt Memperkenalkan Muro – Aplikasi Lukisan HTML5
August 11, 2010 Aman

Semestinya ramai sudah mengenali DeviantArt, iaitu laman sosial terbesar untuk artis digital. Menariknya, hari ini, pembangun disebalik DeviantArt memperkenalkan aplikasi lukisan percuma, Muro yang dijana menggunakan HTML5.


Aplikasi Lukisan Digital – Muro daripada DeviantArt

Muro daripada DeviantArt ini didatangkan dalam dua versi, iaitu Basic dan Pro. Melalui Basic, Muro menyediakan segala peralatan untuk membuat lukisan ringkas, dan juga beberapa berus lukisan yang menarik. Namun begitu, sekiranya anda inginkan berus-berus lukisan tambahan, anda boleh melanggan untuk versi Pro, dan menggunakan pelbagai perkara tambahan yang disertakan bersamanya.

Untuk menggunakan Muro ini, anda hanya memerlukan pelayar web dengan sokongan HTML5, dan anda sudah boleh mula menghasilkan lukisan kegemaran anda secara terus melalui pelayar web. Menarik bukan?

Komen