Cari @ Amanz

Dengan kemajuan teknologi yang semakin laju daripada hari ke hari, kini, laman Tonton.com.my yang diperkenalkan pada awal minggu lalu, sedang dalam usaha untuk memperkenalkan laman mereka dalam bentuk HTML5 penuh menjelang bulan November kelak.


Tweet Paul Moss Berkaitan Tonton.com.my

Selain daripada itu, dengan memperkenalkan laman mereka dalam bentuk HTML5, ianya juga sekaligus bakal membawakan sokongan kepada pelbagai perantian dan gajet semasa untuk mengakses laman berkenaan dengan lebih mudah. Mungkin juga pihak pembangun disebalik Tonton.com.my bakal memperkenalkan aplikasi khas untuk setiap platform termasuk iPhone, Android dan BlackBerry.

Pada masa yang sama, ianya juga dijangkakan yang mana Tonton.com.my bakal bekerjasama bersama-sama dengan Yahoo! TV kelak dalam membawa platform mereka setapak lebih kehadapan lagi.

Buat masa ini, Tonton.com.my memaparkan video yang di transkod kepada MPEG4 H.264, dan membawakan laman mereka dalam bentuk Flash kepada para pengunjung, disamping memerlukan para penonton untuk log masuk ke laman tersebut untuk menonton video yang terdapat melalui lebih 7 saluran berbeza.


Laman Tonton.com.my

Tonton.com.my merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Alt Media Sdn Bhd, iaitu syarikat disebalik Gua.com.my. Melaluinya, mereka memudahkan para pengguna untuk menonton pelbagai video daripada Media Prima dan juga yang lain secara percuma melalui internet dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd