Cari @ Amanz

Berita baik buat pencinta kepada sistem persekitaran desktop popular, KDE, kerana pihak mereka baru sahaja melepaskan versi 4.5.0 pada 10 Ogos 2010. Kini, KDE 4.5.0 membawakan beberapa perubahan yang menarik pada desktop mereka, bagi menjamin keselesaan penggunaan.

Antara fungsi-fungsi baru yang dilepaskan bersama dengan KDE 4.5.0 ini ialah sistem Plasma Desktop yang mana membawakan kepada anda ruang Desktop yang cukup lawa dan cantik. Turut dinaik taraf, sistem KWin iaitu applikasi grafik yang serupa dengan compiz turut dinaik taraf dengan beberapa fungsi-fungsi baru.

Selain itu, pihak KDE juga telah memasang beberapa applikasi baru di dalam KDE terbaru ini KSharedDataCache yang digunakan untuk memastikan segala data yang tersimpan dalam storan dapat diakses dengan mudah dan cepat dan juga perisian Marble, iaitu perisian glob maya.


Antaramuka KDE Marble

Oleh itu, dengan jelas sekali KDE versi yang terbaru ini memfokuskan kepada kekemasan desktop dan kelajuan mencapai data. Bagi menyempurnakan versi terbaru ini, sebanyak 16,000 pepijat telah berjaya dibaiki dengan cemerlang oleh pihak KDE.

Ditulis oleh Frantz

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd