Cari @ Amanz

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Microsoft Corporation, bagi memastikan para pengguna beralih kepada enjin carian mereka, iaitu Bing. Mengikut statistik terkini daripada lama Alexa, Bing kini berada di tangga yang ke-22 ditinggalkan jauh oleh pendahulunya iaitu Google yang berada pada ranking nombor 1 dan Facebook pada ranking nombor 2.

Bagi menarik perhatian, pihak Microsoft telahpun memasang perisian permainan secara online. Ia bukan seperti pihak Google yang menjadikan game PacMan sebagai Doodle mereka, bahkan mereka menyediakan satu laman khas untuk bermain permainan yang menarik dan terkenal, antaranya Plants Vs Zombie yang meletup ketika tahun lepas.

Selain permainan yang menarik ini, turut disertakan bersama permainan Hexic, Bejeweled 2 dan pelbagai lagi permainan yang dikeluarkan oleh PopCap. Mungkin inilah peluang anda untuk bertarung secara online, siapa yang lagi hebat dalam menewaskan zombie yang ingin memakan otak anda bersama-sama rakan anda.

Sila lawati laman ini untuk melihat senarai permainan yang disediakan oleh pihak Microsoft pada laman carian Bing.

Ditulis oleh Frantz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd