Google Memperkenalkan Voice Actions Untuk Android

Google Memperkenalkan Voice Actions Untuk Android

Diterbitkan pada Ogos 13, 2010 oleh .

Google hari ini telah pun mengumumkan aplikasi pengenalan suara, bersama-sama dengan suatu aplikasi khas yang membolehkan para pengguna menghantarkan kandungan web dengan hanya satu klik kepada telefon Android mereka.


Voice Actions Pada Android

Aplikasi pengenalan suara, yang dikenali sebagai Voice Actions itu membolehkan para pengguna Android untuk menggunakan suara untuk membuat beberapa perkara, termasuk untuk menghantar mesej, menelefon orang, menghantar emel, melihat peta dan sebagainya.

Menariknya, kesemua proses suara dilakukan di server Google dan bukannya di telefon pengguna. Untuk menggunakan Voice Actions ini, para pengguna memerlukan telefon Android yang terpasang dengan Android 2.2 Froyo.

Pada masa yang sama, Google juga turut memperkenalkan extension khas untuk Chrome yang membolehkan para pengguna pelayar Google Chrome untuk menghantar kandungan web seperti peta, video YouTube, teks dan sebagainya secara terus ke telefon Android mereka.


TIPS & ULASAN