Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini secara rasminya Microsoft mengumumkan tarikh pelepasan bagi beta pertama untuk versi terkini pelayar web mereka, iaitu Internet Explorer 9 Beta, bertarikh pada 15 September.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperlihatkan versi pembangunan untuk Internet Explorer 9, namun ianya tidak menyertakan antaramuka penuh untuk pelayar web berkenaan. Melalui versi beta kelak, Microsoft bakal memperlihatkan antaramuka bagi pelayar web yang dinantikan ramai itu.

Melalui Internet Explorer 9, pelbagai standard semasa pelayar web akan diperkenalkan padanya, termasuk dngan sokongan HTML5 untuk video dan audio, sokongan grafik 2D menggunakan elemen Canvas, serta membawakan enjin Chakra yang serba baru.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan berapa versi pembangunan lagi yang bakal diperlihatkan oleh Microsoft sebelum memperkenalkan versi akhir pelayar web tersebut.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan Internet Explorer 8 pada acara tahunan MIX 2009 pada bulan Mac 2009. Mungkin kita boleh menantikan pelayar web Internet Explorer 9 dilepaskan pada acara yang lebih kurang serupa pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd