Kini, 12 Juta Pengguna Aktif Facebook Dari Malaysia

Kini, 12 Juta Pengguna Aktif Facebook Dari Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 13, 2010 oleh .

Angka ini mungkin sedikit mengejutkan, namun itulah hakikatnya, dimana kini hampir 12 juta pengunjung mengunjungi laman sosial terkemuka, Facebook daripada Malaysia sahaja, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara ke-11 paling tinggi menggunakan Facebook.


Info Berkenaan Facebook Untuk Malaysia [via]

Kemunculan Facebook akhir-akhir ini telah menampakkan perubahan drastik pada penggunaan laman sosial, dimana kini, hampir kesemua pengguna dengan akses internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook, selain memperlihatkan Facebook sebagai laman paling popular dikunjungi di Malaysia.

Baru-baru ini juga, Facebook telah mengumumkan yang mana mereka telah mencapai angka pengguna lebih 500 juta pengguna aktif, dan di Asia Tenggara sahaja, Malaysia menduduki tempat kedua dengan angka pengguna aktif bulanan mencecah 12 juta, dibelakang Indonesia dengan 26 juta orang pengguna aktif bulanan.

Selain daripada itu, lagi satu data menarik yang kita perolehi daripada Google AdPlanner adalah dimana ianya memperlihatkan pengunjung Malaysia menghabiskan masa secara puratanya lebih kurang 28 minit dan 20 saat pada laman Facebook.


TIPS & ULASAN