Setelah lama menyepi, kini kedengaran kembali yang mana kerajaan mungkin akan menguat-kuasakan penapisan kandungan internet, sekaligus menghalang beberapa laman-laman yang tidak diingini dan bertentangan dengan undang-undang.
Ianya dikatakan yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menjalankan kajian mengenai penggunaan internet dengan positif dan selamat pada awal bulan ini, salah satu sebabnya adalah untuk menilai pelaksanaan penapisan internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna internet di Malaysia dan ekonomi tempatan.
Sebelum ini, perkara seumpama ini pernah diutarakan beberapa kali, dan ianya menerima kritikan meluas daripada pelbagai pihak. Namun begitu, kini, ianya lebih dispesifikasikan kepada kandungan yang bakal ditapis termasuklah pornografi, pengedaran dadah dan penyeludupan manusia.
Walaubagaimanapun, ianya hendaklah diketahui yang mana, melalui internet yang membawakan dunia tanpa sepadan melalui hanya beberapa klik sahaja, mengatasi sebarang jenis tapisan adalah suatu perkara yang amat mudah. Mungkin daripada memperkenalkan sesuatu tapisan, lebih menarik sekiranya kerajaan memperkenalkan perisian seperti Internet Thoyyibah secara lebih meluas kepada para pengguna.