Facebook Bakal Memperkenalkan Sesuatu Rabu Ini

Facebook Bakal Memperkenalkan Sesuatu Rabu Ini

Diterbitkan pada Ogos 17, 2010 oleh .

Facebook bakal memperkenalkan suatu fungsi yang serba baru pada minggu ini, dimana ianya dispekulasikan oleh kebanyakkan pihak dimana fungsi baru kelak adalah berkaitan dengan lokasi, sekaligus bakal bersaing dengan FourSquare dan servis yang seumpama dengannya.

Walaubagaimanapun, pada jemputan yang dihantar oleh Facebook kepada para wartawan di US, pihak Facebook mengatakan yang mana mereka akan memberikan info yang dikemaskini berkaitan dengan fungsi dan produk Facebook.

Sebelum ini, Facebook pernah menawarkan diri untuk membeli FourSquare, namun begitu, tawaran tersebut ditolak oleh pihak FourSquare. Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana FourSquare menerima lebih daripada sejuta daftar-masuk setiap hari, sekaligus menjadikannya antara servis lokasi yang diminati ramai.

Walaubagaimanapun, ianya dikatakan yang mana servis lokasi daripada Facebook kelak tidak akan bersaing secara terus kepada FourSquare, sebaliknya membolehkan para pengguna berkongsi tempat-tempat yang pernah dilawati oleh mereka bersama rakan-rakan mereka.


TIPS & ULASAN