Walaupun terdengar berita yang mengatakan Blackberry akan diharamkan dan sebagainya, para penyedia rangkaian telekomunikasi terus memperkenalkan pelbagai pakej baru untuk Blackberry. Terkini, Celcom memperkenalkan pakej internet tanpa had untuk Blackberry pada kadar hanya RM0.50 sehari.
Memperkenalkan Pelan Baru Untuk Blackberry [via]
Pelan terbaru ini disediakan khas untuk para pengguna prabayar Celcom, dimana kini mereka boleh menikmati BBM, dan akses ke pelbagai laman sosial dengan harga yang amat murah sekali, iaitu pada kadar RM0.50 sehari, sekaligus meletakkan Celcom sebagai penyedia akses internet Blackberry yang paling murah buat masa ini.
Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya perlu taip BB ON dan hantarkan kepada 28882.