Kini, laporan demi laporan mula memperkatakan yang mana Apple dalam persediaan untuk memperkenalkan iPad 2 yang bersaiz lebih kecil daripada yang pertama, iaitu bersaiz 7-inch.
Sama seperti produk Apple yang lain, segala info yang berkaitan dengan pembangunan iPad 2 buat masa ini masih tiada, selain diketahui yang mana ianya bersaiz lebih kecil dengan saiz skrin seluas 7-inch.
Sidang Media iPad Pada Awal Tahun 2010
Dunia perkomputeran mula berubah sepenuhnya apabila Apple memperkenalkan PC tablet – iPad kepada umum pada awal tahun ini, sekaligus menjadikan pelbagai syarikat pengeluar komputer seluruh dunia bersaing dalam memperkenalkan pc tablet masing-masing.